Selepas revolusi Revolusi_Mesir_1952

Majlis Pemenrintahan Revolusi (RCC), dianggotai oleh 9 ahli termasuk Muhammad Naguib dibentuk. Ali Maher diminta untuk membentuk sebuah kerajaan awam. Pembaharuan ini mebawa kepada rusuhan pekerja di Kafr Dawar pada 12 Ogos 1952 menyebabkan 2 kematian . Ali Maher meletakkan jawatan pada 7 September akibat perselisihan pendapat dengan pegawai tentera terutama berhubung reformasi tanah. Mohamed Naguib menjadi perdana menteri. Pada 9 September, Reformasi Undang-Undang Pertanian diluluskan. Tujuannya untuk pengagihan semula negara di kalangan petani-petani kampung dan meberi sekeping siling 200 feddans pada pemilikan tanah. Pada 9 Disember, 1923 Perlembahaan Mesir dibatalkan .

Pada 16 Januari 1953 RCC mengharamkan semua parti politik dan mengisytiharkan tempoh peralihan tiga tahun dan RCC akan memerintah. Perlembagaan sementara diisytiharkan pada 10 Februari, dan Liberation Rally diketuai oleh Gamal Abdel-Nasser dan pgawai tentera yang rapat dengannya. Pada 18 Jun, RCC mengisytiharkan Mesir republik, menghapuskan pemerintahan beraja dan melantik General Muhammad Naguib, berumur 52, menjadi presiden pertama dan perdana menteri. Gamal Abdel-Nasser, 35, dilantik timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri. Tribunal Revolusi mengandungi ahli-ahli RCC seperti Abdel-Latif El-Boghdadi, Anwar Sadat dan Hassan Ibrahim.